NOTIS PENTING:

  • Mulai pada 5 Julai 2017, akan ada perubahan alamat untuk lokasi pengambilan Pulau Pinang. Sekiranya anda memilih untuk Pengutipan dari Pejabat Pulau Pinang sebagai pilihan penghantaran anda, sila rujuk di halaman ini untuk alamat baru bagi pengutipan yang dibuat selepas 4 Julai 2017.
  • Pemohon visa dibawah 18 tahun dikehendaki menghadiri temuduga dengan sekurang- kurangnya seorang ibubapa.
  • Mulai pada 5 Disember 2016,waktu untuk penyerahan permohonan di Bahagian Konsular bagi Pegawai & visa diplomatik AS akan berubah kepada 10.30-11.30 pagi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat (kecuali cuti Malaysia dan Amerika). Bagi permohonan yang diserahkan pada hari Jumaat dan Isnin, pasport boleh diambil pada hari Rabu berikutnya;pada mereka yang menyerahkan pada hari Rabu, pasport boleh diambil pada hari Jumaat. 
  • Kami ingin mengingatkan pemohon supaya TIDAK HADIR LEBIH DARIPADA 15 minit sebelum temujanji visa anda. Sila ingat bahawa jika anda tiba di Kedutaan dengan alat elektronik yang lain selain daripada telefon bimbit anda, anda KENA PULANG dan perlu menjadualkan semula temujanji anda. Kedutaan TIDAK BOLEH menyimpan beg atau peralatan tablet/komputer.
  • Visa Bukan Imigran biasanya tersedia dalam tempoh 2-3 hari bekerja selepas temu duga visa. Pasport anda akan dihantar berdasarkan pilihan yang anda pilih semasa proses permohonan.
  • Mulai November 1, 2016, cermin mata tidak lagi dibenarkan dalam foto visa. Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan foto sila layari : https://travel.state.gov/content/visas/en/general/photos.html.
  • Jika anda seorang warganegara dibawah Program Pengecualian Visa tetapi telah menerima notis bahawa anda tidak lagi layak untuk perjalanan ke Amerika Syarikat di bawah program itu, anda perlu memohon visa bukan imigran sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal daripada perjalanan yang anda inginkan. Jika anda tidak mempunyai rancangan perjalanan pasti akan berlaku, anda perlu membayar yuran permohonan visa bukan imigran, mengisi borang permohonan DS-160 visa bukan imigran di ceac.state.gov/genniv/, dan menjadualkan temujanji visa. Jika perjalanan anda akan berlaku, anda boleh meminta temujanji visa dipercepatkan. Sila termasuk dalam permintaan anda tarikh dan tujuan perjalanan anda, dan juga satu salinan Kastam dan Perlindungan Sempadan mesej yang anda terima mengenai status ESTA anda.
    Maklumat lebih lanjut mengenai sekatan untuk perjalanan di bawah Program Pengecualian Visa, termasuk keperluan pasport elektronik, adalah di https://travel.state.gov/content/visas/en/visit/visa-waiver-program.html.
  • Bermula pada 29 November 2016, rakyat China dengan visa jenis B1, B2 atau B1/B2 untuk 10 tahun di pasport Republik Rakyat China dikehendaki untuk mengemaskinikan maklumat biografi dan lain-lain maklumat visa mereka melalui Electronic Update Sistem Visa (EVUS) sebelum bertolak ke Amerika Syarikat. Kemaskini ini perlu dilakukan setiap dua tahun, atau apabila mendapat pasport baru atau jenis visa B1, B2, atau B1/B2 yang mana berlaku dahulu.
    Kaedah pendaftaran EVUS boleh didapati di laman www.EVUS.gov. Buat masa ini tiada bayaran untuk pendaftaran EVUS. Selagi yuran pembayaran tidak dilaksanakan, pelancong boleh mendaftar dalam EVUS tanpa bayaran. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) akan memastikan pemegang visa dimaklumkan mengenai maklumat baru melalui laman www.cbp.gov/EVUS.

Gunung Rushmore, Dakota Selatan

Selamat datang ke Perkhidmatan Maklumat Visa Amerika Syarikat Malaysia. Di laman sesawang ini anda boleh mencari maklumat mengenai imigran Amerika dan visa bukan imigran serta syarat-syarat permohonannya. Anda juga boleh mengetahui cara membayar yuran permohonan visa, dan menetapkan janji temu di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Inilah laman sesawang maklumat visa rasmi Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.